Owner Post Them Follow Dash



Princess Pooh
Solehah Norhan
" />

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[POST CODE. WIDTH 219 HEIGHT 100]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Nawaitu Belajar



       Serius dah lama sangat tak update blog nie, sebab ada masalah sikit kat blog nie. Tapi sekarang, alhamdulillah, blog ni dah okehh. Terima kasih kawan-kawan Solehah yang membetulkannya. Kalau takde korang, tak taulah nak cakap apa.Sayang korang. hehe..

Okehh,hari ni Solehah nak kongsikan satu artikel yang Solehah baca kat buku GEN-Q. Nie pasal NAWAITU BELAJAR. Jom baca kat bawah ni. Layaan!


                   (Nawaitu Belajar)


Pada awal bulan September lalu, semua universiti awam menerima kemasukan pelajar baharu. Mereka ialah pelajar terpilih yang direzekikan oleh Allah untuk menuntut di medan yang lebih tinggi.

Mereka datang membawa niat yang pelbagai di hati. Pahala hijrah mereka ke kampus sangat bergantung kepada niat yang dipahat kemas-kemas. Mahukan ilmu ataupun selain daripada ilmu.

Tidak ramai pelajar yang cemerlang di peringkat sekolah dapat mengekalkan kecemerlangan di universiti. Majoriti pelajar tergolong dalam kelompok mediorce(tidak berapa baik) sahaja, sama ada dalam aspek pembelajaran mahupun keterampilan diri.

Kesukaran mengekalkan api semangat untuk menggali ilmu di universiti lebih kelihatan dalam jiwa pelajar yang telah lama diorentasikan dengan sistem peperiksaan. Universiti yang kaya dengan ilmu hanya dicedok sedikit oleh pelajar bagi syarat lulus peperiksaan sahaja, bukan untuk mengayakan lagi disiplin ilmu.

Ini cabaran hati dan jiwa pelajar. Apakah yang menyebabkan kemerosotan komitmen mereka sehingga sebegini rupa? Hilang fokus ialah jawapannya. Fokus tidak lagi tertumpu pada agenda pembelajaran. Jika disuluh lagi akar puncanya, ia terletak pada masalah niat di hati. Hati tidak benar-benar ikhlas untuk belajar. Tujuan-tujuan duniawi menjadi parasit, meminggirkan ikhlas daripada terus hidup.

SYAITAN CEMBURU ORANG YANG FOKUS

Menimba ilmu kerana Allah ialah amalan soleh yang sentiasa dicemburi syaitan. Syaitan akan bekerja keras agar para penuntut ilmu tidak dimudahkan jalannya menuju ke syurga.

Tentera syaitan menggunakan pelbagai jalan untuk memesongkan tumpuan dan melupakan tujuan. Kisah Nabi Musa mengingatkan kita tentang tugas syaitan yang sentiasa melupakan manusia, sebagaimana yang dirakamkan oleh Al-Quran, mafhumnya: "Temannya berkata: 'Tahukah apa yang terjadi tatkala kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku terlupa tentang ikan itu, dan tiadalah yang melupakan aku melainkan syaitan yang mengingatinya." (Surah al-Kahfi 18:63)

Apabila hati tidak lagi ikhlas kerana Allah, syaitan akan mula memesongkan tujuan hidup manusia. Syaitan sendiri yang memberikan jaminan bahawa  mereka tidak akan menggangu hamba Allah yang ikhlas.

Al-Quran menyatakan, maksudnya: "Iblis berkata: 'Demi kekuasaanMu wahai Tuhanku, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas.'" (Surah Sad 38: 82-83)

MAKIN BERILMU MAKIN TUNDUK

Sehubungan itu, untuk mengekalkan kecemerlangan dalam pembelajaran, sistem nilai dalam diri pelajar perlu diperbaiki. Nawaitu belajar hanya meraih keredaan Allah, satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Apabila pembelajaran mencetuskan rasa semakin dekat kepada Allah dan merasai kebesaran-Nya, bermakna pelajar itu memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Abd al-A'la Taimi berkata: "Sesiapa yang dianugerahkan ilmu dan ilmunya tidak membuatnya menangis kepada Allah, bererti dia memperoleh ilmu yang tidak bermanfaat."

Kata-kata di atas berilhamkan maksud wahyu ilahi ini: "Katakanlah: 'Sama ada kamu beriman kepadanya atau tidak, sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka segera menyungkurkan wajah untuk bersujud. Dan mereka menegaskan: 'Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya  janji Tuhan kami tetap terlaksana.'" (Surah al-Isra': 107-108)

BINA DAN KEKALKAN IKHLAS

Keikhlasan diukur dengan niat. Perangilah syaitan dengan sentiasa berniat dalam hati. Kita perlu mengulang dan memperbaharui niat setiap kali belajar.

Mujahid bin Jabr pernah mendedahkan pengalaman beliau ini:"Dahulu kami mencari ilmu tanpa niat yang benar. Kemudian Allah memberikan niat (kepada kami) pada kemudian hari."

Mu'az bin Jabal pula akan memastikan semua perbuatannya termasuk tidur ada tujuannya untuk mendapat ganjaran dan keredaan Allah.

Pantaulah niat kita setiap hari sebagaimana para sahabat dan tabiin melakukannya. Fokus dalam pembelajaran kita adalah untuk mendapat reda Allah dan syurga-Nya, bukannya habuan dunia. Jika reda Allah menjadi fokus atau hasil pembelajaran, maka tiadalah pelajar yang akan culas belajar, melakukan "jenayah" akedemik atau sibuk dengan pelbagai perkara maksiat yang melalaikan. Pelajar juga tidak akan kecewa jika tidak mencapai kecemerlangan akedemik yang diidamkan setelah berusaha gigih kerana sistem nilainya percaya bahawa meraih keredaan Allah lebih utama.

# Teks: Mohd Al-Adib Samuri

  Semoga terhibur yee sahabat-sahabatku sekalian. Wassalam. xD

PoOh Ku SaYaNg.

Photobucket